top of page

Pada 20 September, 2020, @NCTsmtown di Twitter menyiarkan sebuah video berdurasi selama 10 saat yang mengejutkan NCity. Ianya adalah logo baharu untuk NCT 2020. Bersama dengan logo baharu, datang perubahan susun atur (layout) dalam kesemua akaun yang berkaitan dengan NCT dan terdapat beberapa klip dari muzik video NCT yang lepas yang diedit kedalam satu video. Perebutan di NCity untuk mendapatkan maklumat mengenai NCT 2020, bagaimanapun, dimulai sejak beberapa artikel, termasuklah artikel pengesahan dari syarikat telah muncul beberapa hari sebelumnya. Bersamaan dengan kegembiraan umum untuk mendapat projek baharu dengan semua ahli, perincian khusus yang menarik perhatian semua orang di NCity adalah penyebutan dua anggota baharu yang bernama Sungchan dan Shotaro kepada barisan ahli NCT. Seperti mana-mana peminat kumpulan yang lain, NCTzens mula mencari petunjuk tinggi dan rendah mengenai siapa ahli baharu ini, bagaimana rupa mereka, berapakah umur mereka,berapa lama mereka dilatih; apa- apa sahaja yang boleh ditemui.


Pertanyaan yang paling sering diajukan adalah “Seperti apakah rupa mereka?”. Dalam beberapa jam setelah pengumuman tersebut, gambar-gambar yang telah diambil dari seluruh pelosok internet tersebar di Twitter dengan orang-orang berspekulasi bahawa -jika ada- gambar-gambar itu benar-benar ahli yang baharu. Terdapat beberapa gambar Sungchan di konsert NCT pada tahun yang lalu, tetapi hampir tidak ada jejak lain yang dapat dijumpai. Spekulasi cukup berleluasa sehingga pada suatu ketika, gambar seorang remaja lelaki dengan pakaian seragam sekolahnya dipercayai adalah dia, hanya untuk khabar angin tersebut cepat-cepat ditinggalkan setelah video YearParty disiarkan dan NCity melihat Sungchan dan Shotaro buat pertama kalinya. Sebaik sahaja video tersebut dikeluarkan, beberapa ahli menghantar pesanan melalui aplikasi Bubble untuk menanyakan peminat tentang pendapat mereka. Diantara pesanan-pesanan yang dihantar oleh mereka, Yangyang menyebutkan bagaimana dia teruja dengan Sungchan untuk debut memandangkan dia sudah menunggu sejak dari mereka berlatih bersama-sama untuk dia debut. Pewahyuan ini, terima kasih pada Yangyang, menyebabkan orang teringat akan satu VLive ketika Jaemin berada di dalam bilik latihan dan apa yang dianggap sebagai trainee pada masa itu, tidak menutup pintu sewaktu siaran. Walaupun NCTzens masih belum mempunyai pengesahan jika itu benar-benar Sungchan, banyak yang bergurau tentang bagaimana kita sudah mengetahui tentangnya dan bagaimana Jaemin dan dia sudah berkawan.


Walaupun NCTzens berusaha untuk mencari jejak Sungchan dan mengumpulkan maklumat-maklumat yang mereka terima, mencari Shotaro adalah lebih mudah. Segera setelah dia diumumkan, klip-klip video menari dari akaun TikToknya muncul. Ketika lebih banyak videonya dijumpai dan didedahkan, ternyata dia bukan sahaja seorang penari yang hebat di TikTok hanya untuk bersenang-senang tetapi dia juga menghadiri sekolah tarian EXILE Professional Gym yang terkenal -atau dikenali sebagai EXPG- di Jepun. Video dia menari bersama koreografer juga rakan sekelasnya muncul dan NCTzens dapat melihat sekilas kemahirannya sebagai penari. Satu video tertentu yang menjadi agak popular di kalangan NCTzens ialah videonya menari lagu “Ride or Die” oleh Megan Thee Stallion sambil memakai cekak berwarna kuning dengan telinga beruang, memperlihatkan keperibadiannya yang amat menggemaskan dipadankan dengan tariannya yang agresif dan mengagumkan. Mungkin video Shotaro yang paling menarik yang dijumpai ialah dance cover pendeknya dengan lagu “Kick It” dari NCT 127, tarian mashup lagu “Cherry Bomb” dan “Kick It” juga merupakan lagu dari NCT 127 serta videonya melakukan Candy Challenge bersama rakan-rakannya untuk lagu solo Baekhyun iaitu “Candy”. Disebabkan dance covers ini, ramai menyatakan bagaimana mereka rasa bahawa dia memang ditakdirkan untuk menjadi anggota NCT dan merupakan kejayaan besar untuk pergi dari menjadi seorang peminat yang membuat dance covers di TikTok ke debut di dalam kumpulan yang sama.


Sudah tentu dengan penambahan ahli baharu, kita berasa bimbang untuk melihat kemahiran yang akan dibawa oleh Shotaro dan Sungchan ke NCT serta bagaimanakah suara mereka kedengaran dan bagaimana mereka kelihatan menari bersama-sama NCT. Hanya dalam seminggu yang lalu dengan pelancaran album Resonance : Part 1 secara rasmi, kita dapat melihat Shotaro dan Sungchan menunjukkan kemampuan mereka, banyak yang mendapat tepukan dari NCTzens. Sungchan menjadi yang pertama dengan penampilannya di Track Video berjudul “Misfit” yakni sebuah lagu yang diinspirasikan dari 90-an yang menampilkan hampir kesemua barisan rappers NCT. Dalam video tersebut, Sungchan melafazkan bahagian korus “Misfit”, rap dengan nada yang terang dan penampilan hadapan kamera yang kuat, serta menambahkan ngauman (growl) di tengah-tengah bahagian rap-nya. Ngauman ini, sekali dengan aliran dan nada keseluruhannya, menangkap hati NCTzens dengan mudah. Banyak tweets yang mengandungi pujian dan kekaguman membanjiri dalam talian, menyebut betapa mahirnya dia, bukan hanya dengan sendiri malah dia juga dapat mengekalkan penampilannya di trek bersama dengan beberapa rappers terkuat NCT. Pujian tersebut berterusan ketika dia muncul di siri YouTube “Sun And Moon” yang dihoskan oleh Haechan dan Taeil, menunjukkan kekuatannya dalam pertandingan push-up dengan melawan Haechan. Dia dengan pantas memasuki hati para NCTzens sebagai seorang rapper yang kuat dan kawan baik kepada para ahli.


Shotaro dengan segera memikat NCTzens ketika dia mempamerkan ‘senyuman mata’ atau dikenali sebagai eyesmiles yang amat comel semasa Wish 2020 Live Event, dengan cepat memasuki senarai bias-wrecker semua orang. Dia juga muncul bersama Sungchan pada episod Sun And Moon yang sama, mempamerkan kemahiran menarinya yang amat mengagumkan dengan latar belakang suara Taeil melakukan beat-boxing. Senyuman manis dan tidak bersalahnya serta tingkah lakunya telah membuat NCTzens jatuh cinta kepadanya setiap hari. Semuanya menjadi kenyataan dalam “Make A WishCountdown Live ketika NCTzens melihatnya berinteraksi dengan ahli lain dan bermain pelbagai permainan bersama mereka. Ketika muzik video itu disiarkan, semua orang langsung terpesona dengan kemahiran menarinya sekali lagi, terutamanya dia menerima jumlah masa yang adil untuk menjadi center dalam koreografi tersebut. Kekaguman dan pujian ini terus berlanjutan ketika unit “Make A Wish” mengadakan persembahan pertunjukan muzik pertama mereka di MCountdown dan dia benar-benar dapat menunjukkan kemampuan menari dan rap-nya tanpa filter. Sokongan dan kasih sayang NCTzens terhadapanya kelihatan jelas memandangkan ketika menulis ini, fancam MCountdown-nya saat ini paling banyak dilihat berbanding dengan ahli-ahli unit “Make A Wish” yang lain dengan 2.7 juta views (dan masih menghitung).


Oleh kerana NCTzens telah mengenal Sungchan dan Shotaro sejak beberapa minggu yang lepas, ianya sudah jelas bahawa mereka melakukan debut di dalam kumpulan yang luar biasa dimana mereka telah disambut dengan baik oleh ahli kumpulan tersebut dan para peminat. Walaupun masih banyak yang perlu kita pelajari mengenai Sungchan dan Shotaro, NCTzens telah menunjukkan cinta serta sokongan yang amat banyak dan ianya sungguh menggembirakan untuk melihat mereka menikmati era debut mereka dengan para ahli juga sokongan peminat.


26 views0 comments

Comments


Shotaro dan Sungchan Rasakan Kasih Sayang dari NCTzens di Seluruh Dunia

Written by: Dream Chaser • Translated by: @SUNFLWRSY_
Features • Issue #2
facebook+social+icon-1320196061540779388
Share this article
twitterlogo_81011.png
bottom of page