top of page

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang budak lelaki yang bernama Moon dan pakaiannya dipenuhi dengan bunga-bunga bulan yang kecil. Dia dibesarkan tanpa keluarga selain daripada ibunya, dan dia rasa amat sukar untuk membuat kawan kerana mereka selalu mengolok-olok bunga-bunga bulan di pakaiannya. Dia cuba untuk mengabaikan komen-komen tersebut kerana bunga-bunganya membuat dia seperti dirinya, tetapi itu tetap membuatnya sedih.


Suatu hari, Moon berjalan di sekitar kawasan yang kosong, sendirian. Ibunya telah pergi keluar pada waktu pagi dan masih belum pulang. Dia rasa bermasalah - banyak hal yang berlaku di dalam otaknya, dia merasa kesepian, seperti orang yang pelik. Pagi itu, sekumpulan lelaki telah bercakap tentang bagaimana ibunya melakukan kerja yang teruk dengannya dan bahawa jika dia terus berpakaian dengan bunganya, tidak ada yang akan menghormatinya.


Mungkin itu adalah benar. Mungkin dia terlalu berbeza, terlalu banyak dari dirinya. Semasa dia dalam fikirannya, dia terlanggar seseorang. Mereka berdua jatuh ke tanah. Ketika dia melihat orang di hadapannya, matanya terbeliak. Dia adalah seorang kanak-kanak. Dia kelihatan lebih muda darinya tetapi apa yang menarik perhatiannya adalah apa yang dia pakai di seluruh pakaiannya adalah bunga-bunga matahari.


Bunga matahari! Kanak-kanak itu kelihatan takut. Moon dapat tahu kemudian ianya kerana seseorang sedang mengejarnya. Mereka saling berpandangan selama satu minit dan mula ketawa. Dia tidak boleh mempercayainya. Kanak-kanak di hadapannya mempunyai bunga-bunga di pakaiannya - dia mempunyai senyuman yang cerah dan suara yang manis. Dia memberitahunya bahawa namanya ialah Sun dan dia lari jauh dari kotanya kerana ayah tirinya marah kepadanya. Kemudian, dia terus bercakap seperti dia akan meletup jika dia tidak bercakap. Moon hanya tersenyum, gembira kerana kanak-kanak tersebut mempercayainya, gembira kerana kanak-kanak tersebut mempunyai bunga-bunga di pakaiannya, dan gembira kerana kanak-kanak tersebut melayannya seperti seorang kawan.


Selepas hari di kawasan kosong tersebut, dia banyak belajar mengenai Sun. Dia adalah anak bongsu dari lapan adik-beradik dan suka membuat gurauan (prank) mereka. Dia memberitahunya bahawa dia amat suka bunga-bunga bulan yang dipakai oleh Moon pada pakaiannya dan dia percaya yang ianya adalah takdir mereka berjumpa pada hari itu. Moon tidak merasa kesepian lagi, tetapi Sun harus kembali ke kotanya dan budak-budak lain akan mengejek Moon lagi dan dia akan berasa sedih.


Suatu hari pada waktu bangun pagi, Sun mendapati Moon memotong bunga-bunga bulan dari pakaiannya dan dia menjerit. Buat pertama kalinya, dia marah. Pada hari itu, Sun memegang tangan Moon sementara dia menangis dan memberitahunya alasan kenapa dia memakai bunga-bunga mataharinya. “Mereka membuat saya bahagia,” katanya, “dan mereka membuat awak bahagia. Mereka adalah perkara yang menyatukan kita bersama dan ianya tidak menjadi masalah jika orang lain mengejek bunga-bunga kita sebab mereka menjadikan kita istimewa. Mereka menjadikan hari hujan cerah, mereka membuat padang yang kosong kelihatan tidak begitu kosong, mereka menjadikan kita siapa kita sekarang.”


Selepas hari itu, Moon dan Sun memakai bunga-bunga mereka dengan bangga, dan jika ada di antara mereka yang sedih, mereka tahu yang lagi satu akan berada sana sehingga masa tamat.


Thumbnail : Haechan by @suhtally


36 views0 comments

Commentaires


Matahari dan Bulan

Written by: Maria Fernanda Morales • Translated by: @SUNFLWRSY_
Features • Issue #2
facebook+social+icon-1320196061540779388
Share this article
twitterlogo_81011.png
bottom of page